Jenis-jenis barang

Edarkan Lampiran kerja supaya murid boleh menghuraikan ciri-ciri barang awam, barang percuma dan barang ekonomi. Murid diminta mencari artikel dari akhbar yang berkaitan dengan barang awam, barang percuma dan barang ekonomi. Lampirkan ketiga-tiga artikel tersebut pada lembaran kerja. Murid diminta menjawab soalan-soalan dari lembaran kerja untuk setiap artikel tersebut.

Aktiviti Surat Khabar

Cari artikel dari surat khabar berkaitan dengan barang percuma, barang ekonomi dan barang awam. Lampirkan artikel tersebut pada helaian aktiviti ini. Untuk setiap artikel, jawab soalan berikut :

  1. Apakah barang yang dibincangkan dalam artikel ini?
  2. Siapakah yang mengeluarkan barang ini?
  3. Perlukah kamu membayar untuk mendapatkan barangan tersebut? Terangkan
  4. Dari manakah sumber kewangan untuk mengeluarkan barang tersebut? Mengapa
  5. Bagaimanakah barang-barang ini memberi faedah kepada anda dan juga masyarakat?
  6. Apakah yang mungkin terjadi jika barang awam yang berkaitan dikeluarkan oleh swasta?
  7. Adakah barang percuma dalam artikel ini tidak perlu dibayar langsung? Berikan penjelasan.

No comments:

Post a Comment